ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA



Seksyen 19. Jemaah Pengurusan, guru-guru dan pekerja-pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah.

(1) Mana-mana anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukakan segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan ini melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.