ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 16. Fatwa.

(1) Sesiapa pun boleh, dengan bersurat kepada Setiausaha meminta Majlis mengeluarkan fatwa di atas apa-apa perkara mengenai Hukum Syarak. Apabila diterima permintaan demikian maka hendaklah Setiausaha dengan serta merta menghantarkan permintaan itu kepada Pengerusi Lujnah Fatwa.

(2) Pengerusi Lujnah Fatwa hendaklah menimbangkan tiap-tiap permintaan yang demikian itu dan hendaklah menyediakan rangka fatwa di atas pertanyaan itu melainkan pada fikirannya perkara itu perkara yang kecil sangat atau dengan sebab yang munasabah tiada payah dijawab. Jika perkara itu difikirkannya satu perkara besar, maka hendaklah ianya mengadakan mesyuarat Lujnah Fatwa untuk menimbangkan perkara itu dan memberi fatwa. Jika perkara itu ada nas yang terang menunjukkan fatwanya, maka hendaklah diberikan oleh Pengerusi atau Lujnah Fatwa itu akan kehendak nasnya itu. Jika di dalam perkara itu Lujnah Fatwa tidak sebulat suara, maka masaalah itu hendaklah dipanjangkan kepada Majlis yang dengan cara demikian juga memberikan fatwanya mengikut pendapat terbanyak daripada ahli-ahlinya.

(3) Majlis boleh pada bila-bila masa dengan kehendaknya sendiri membuat dan mengisytiharkan apa-apa fatwa atau keputusan yang demikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.