ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 29. Perlindungan pegawai kehakiman.

(1) Qadhi atau orang yang lain yang bertindak secara kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana apa jua perbuatan yang dilakukannya atau diperintahkannya supaya dilakukan dalam pelepasan kewajipan kehakiman, sama ada di dalam had bidangkuasanya atau tidak, dan tiada apa jua perintah kos boleh dikenakan terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dengan suci hati ianya mempercayai kepunyaan bidangkuasa untuk berbuat sedemikian atau untuk memperintahkan perbuatan yang diadukan itu.

(2) Pegawai Mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan mana-mana waran atau perintah Mahkamah yang sah atau orang lain yang bertindak secara kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana pelaksanaan mana-mana waran atau perintah yang ianya terikat untuk melaksanakannya jika waran atau perintah tersebut adalah di dalam bidangkuasa orang yang mengeluarkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.