ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN II - AM



Sekyen 6. Bahasa dan Rekod.

(1) Bahasa Malaysia hendaklah menjadi bahasa Mahkamah tetapi Mahkamah boleh bagi kepentingan keadilan membenar penggunaan mana-mana bahasa lain.

(2) Segala dokumen atau rekod perbicaraan bolehlah ditulis atau ditaip dalam skrip Jawi atau Rumi.

(3) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan dan menjaga rekod yang lengkap dan betul berkenaan dengan segala tindakan atau perbicaraan di hadapannya, kira-kira yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah dan hendaklah mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.