ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 67. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak tak sah taraf.


(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Elaun itu hendaklah kena dibayar dari tarikh kecuaian atau kemungkinan itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.