ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan wujudnya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am di dalam mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang adalah terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.
MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.