ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab I - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap suatu nyataan sebagai wujud, Mahkamah boleh mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diarahkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu nyataan sebagai wujud Mahkamah hendaklah mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya.

(3) Apabila satu nyataan ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai bukti muktamad mengenai suatu nyataan lain, Mahkamah hendaklah, apabila nyataan yang satu itu dibuktikan, mensifatkan nyataan yang satu lagi itu sebagai dibuktikan, dan tidak boleh membenarkan keterangan diberi bagi maksud membuktikannya sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.