ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 56. Penerimaan salinan diperakui akan maklumat sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, suatu salinan mana-mana catatan berhubungan dengan sesuatu maklumat yang diubah ke dalam bentuk bertulis di bawah seksyen 54 dan yang berupaya diperakui sebagai salinan yang benar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan bagi kandungan maklumat asal itu dan bagi waktu, tempat dan cara maklumat itu telah direkodkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.