ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 72. Mendapatkan kembali penalti.

(1) Penalti khas yang dikenakan di bawah seksyen 59(1) atau 60(1) boleh didapatkan kembali mengikut cara yang sama seperti denda yang dikenakan sabit kesalahan.

(2) Apa-apa penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen 58(3) atau 59(2) hendaklah dipungut seolah-olah ianya sebahagian daripada zakat yang kena dibayar oleh orang itu, tetapi tidaklah boleh dianggapkan sebagai zakat yang kena dibayar sedemikian bagi maksud mana-mana peruntukan Enakmen ini selain dari seksyen 49 hingga 51.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.