ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 18. Memeriksa orang kerana mendapatkan nama dan alamat.


Tiap-tiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang tiada berdaya oleh kerana mabuk, sakit, sakit otak ataupun masih kanak-kanak tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.