ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 239. Salinan diperakukan.

(1) Pendaftar boleh, dengan alasan yang munasabah membekalkan mana-mana orang dengan apa-apa salinan dokumen yang diperakukan dan dengan izin Mahkamah dengan apa-apa salinan nota keterangan yang diperakui.

(2) Mahkamah boleh, jika dibuktikan kehilangan mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah, memerintah dibekalkan salinannya mengikut syarat yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.