ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN
Seksyen 7. Tugas-tugas Setiausaha Jawatankuasa.
Setiausaha Jawatankuasa adalah berkuasa -
(a) untuk menyenggarakan segala surat menyurat dan menyimpan serta menguruskan segala akaun;
(b) untuk memanggil apa-apa jua mesyuarat atas arahan Pengerusi, atau atas permintaan dari tidak kurang daripada tiga orang anggota yang hendaklah memberi sebab-sebab perlunya mengadakan mesyuarat itu ataupun apabila difikirkan perlu mengadakan mesyuarat itu;
(c) untuk mengadakan agenda mesyuarat dengan menyatakan dengan jelas semua butiran dalam agenda itu kepada semua anggota sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat hendak diadakan dengan menyatakan sekali masa dan tempat mesyuarat itu:
Dengan syarat bahawa dalam hal kecemasan, Pengerusi boleh mengarahkan supaya notis bertulis tidaklah perlu diberikan; dan
(d) untuk menjalankan apa-apa tugas lain yang akan diberikan kepadanya oleh Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.