ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANGKUASA



Seksyen 49. Penyampaian di negeri lain dalam Malaysia.

(1) Mana-mana surat perintah untuk disampaikan di dalam negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Hakim yang mempunyai bidangkuasa dalam daerah di mana orang yang hendak disampaikan surat perintah itu berada atau menjalankan perniagaannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu bolehlah dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.