ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 PELAKSANAAN



Seksyen 154. Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan.

(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah-
(2) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang yang berkenaan.

(3) Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah bagi pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.