ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 138. Mengeluarkan perintah perlaksanaan.

Tertakluk kepada seksyen 137 pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah perlaksanaan dalam Borang 16 dan Pendaftar, jika tidak ternyata olehnya kenapa perintah perlaksanaan tidak patut dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeterikan perintah itu dalam dua salinan supaya yang satunya itu disimpan dalam failnya dan yang satu lagi diserahkan kepada bailif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.