ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA ISLAM



Seksyen 20. Majlis boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan kuasa, dsb. Nazir Sekolah

(1) Majlis boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana orang untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi dan kewajipan seorang Nazir Sekolah dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi dan kewajipan seorang Nazir Sekolah.

(2) Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.