ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XVII - AFIDAVIT



Seksyen 115. Soalbalas.

(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaian kebenaran fakta yang dideposekan di dalam afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis berkenaan hasratnya untuk memeriksa balas deponen dan seterusnya jika deponen tidak dikemukakan untuk diperiksa balas, Mahkamah hendaklah, melainkan di dalam keadaan khas, menolak atau mengenepikan afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh dengan usulnya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana deponen supaya dapat diperiksa afidavitnya dan, keingkaran untuk hadir, boleh menolak atau mengenepikan afidavit itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.