ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN III-PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 54. Sumber yang hendaklah diikuti

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengikut AI-Quran dan atau Sunnah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam.

(2) Pada mengeluarkan sesuatu fatwa di bawah Bahagian ini Majlis dan Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengambil ingatan terhadap Adat Istiadat Melayu atau Undang-undang Adat Istiadat Melayu yang terpakai dalam Negeri Perlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.