ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 18. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam mukim di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syar'i yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 15 atau 16 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada di Terengganu atau di mana-mana Negeri lain.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 15 atau 16.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam mukim yang lain daripada mukim di mana pihak perempuan bermastautin jika-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.