ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 54. Penerimaan salinan maklumat sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, salinan sesuatu maklumat yang dibuat di bawah seksyen 52 yang diperakui sebagai salinan yang benar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai kandungan maklumat asal itu dan mengenai waktu, tempat dan cara maklumat itu telah direkodkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.