ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 82. Borang.

(1) Setiausaha boleh, sama ada melalui perintah statutori atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang disifatkan sebagai sesuai, menetapkan apa-apa borang sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen ini supaya ditetapkan dan apa-apa borang lain sebagaimana yang difikirkannya patut ditetapkan berkaitan dengan penguatkuasaan Enakmen ini, dan boleh membenarkan penggunaan borang ganti yang sesuai bagi mana-mana borang yang ditetapkan sedemikian itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi borang akuan yang akan ditetapkan bagi maksud seksyen 14(1).

(2) Jika dalam mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini, seseorang itu adalah dikehendaki untuk menggunakan borang yang ditetapkan, dia tidak boleh dianggap sebagai telah mematuhi peruntukan itu melainkan dia telah menggunakan setiap usaha yang munasabah untuk memperolehi dan memakai-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.