ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 89. Susunan bagi pengemukaan dan pemeriksaan saksi.

Susunan bagaimana saksi-saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah menurut undang-undang dan amalan yang ada pada masa itu berhubung dengan acara mal dan jenayah masing-masing, dan sekiranya tiada undang-undang sedemikian, maka susunan itu hendaklah menurut budi bicara mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.