ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 112. Pertuduhan.

(1) Pertuduhan hendaklah disediakan oleh pendakwa atau oleh Mahkamah dan hendaklah mengandungi butir-butir bagi kesalahan yang dituduhkan itu agar mencukupi secara munasabah untuk pengetahuan yang dituduh mengenai perkara yang dengannya dia dituduh.

(2) Lebih daripada satu kesalahan boleh dituduhkan dalam pertuduhan yang berlainan dan dibicarakan serentak jika terbit daripada urusan yang sama.

(3) Lebih daripada seorang boleh dituduh dan dibicarakan bersama-sama bagi kesalahan yang sama atau yang berlainan jika dilakukan dalam perjalanan urusan yang sama.

(4) Pertuduhan boleh dipinda atau diubah pada bila-bila masa sebelum keputusan, tetapi orang dituduh itu hendaklah diberi peluang sepenuhnya untuk memanggil semula dan menyoal balik mana-mana saksi atau memberi atau memanggil apa-apa keterangan untuk menentang pertuduhan yang baharu itu.

(5) Seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan boleh disabitkan kerana cuba melakukan kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.