ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 59. Tiada apa-apa dorongan boleh ditawarkan.

(1) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang mempunyal kuasa boleh menawar atau membuat apa-apa dorongan ancaman atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu supaya membuat apa-apa pernyataan yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

(2) Dalam masa penyiasatan dijalankan di bawah Bab ini, tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menahan atau menghalang mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya, daripada membuat apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.