ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 192. Rekod keterangan semasa ketakhadiran tertuduh.

Jika dibuktikan bahawa seseorang yang dituduh telah tidak menghadirkan diri dan tiada harapan segera untuk menangkapnya, Mahkamah yang berkompeten untuk membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan itu boleh, semasa ketakhadirannya, memeriksa saksi-saksi (jika ada) yang dikemukakan bagi pihak pendakwa dan merekodkan deposisi-deposisi mereka. Mana-mana deposisi sedemikian boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan terhadapnya pada perbicaraan bagi kesalahan yang dengannya dia dipertuduhkan, jika deponen itu telah mati atau tidak berupaya untuk memberi keterangan atau kehadirannya tidak dapat diperolehi tanpa kelengahan, perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal keadaan kes itu adalah tidak munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.