ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
PENDAPAT ORANG-ORANG LAIN BILA BERKAITAN



Seksyen 33. Pendapat-pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab, maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk nasab maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab adalah qarinah.

(2) Orang-orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.


MISALAN Soalnya ialah sama ada sesuatu suratan telah ditulis oleh "A", suatu suratan lain yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh "A" adalah dikemukakan.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua suratan itu telah ditulis oleh satu orang sahaja atau oleh berlainan orang adalah qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.