ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 6. Jemaah adalah tertakluk kepada kawalan Pendaftar.

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah Itu bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannya menjadi anggota Jemaah itu.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah meminta Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima permintaan itu Jemaah hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.

(3) Jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi permintaan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen kecil (1) dan (2), Pendaftar mempunyai kuasa untuk memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu.

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam kepada Jemaah.

(5) Seseorang yang telah dipecatkan atau berhenti menjadi anggota Jemaah melakukan kesalahan jika dia-
(6) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (5) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan bagi kesalahan di bawah perenggan (b) dalam seksyen kecil (5), dia boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.