ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 110. Kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi boleh dibuktikan bagi menyokong keterangan yang dibuat kemudiannya tentang fakta yang sama.

Bagi menyokong keterangan seseorang saksi, sesuatu kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi itu berkenaan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada waktu fakta itu telah berlaku, bolehlah dibuktikan, sama ada kenyataan dahulu itu dibuat dengan bertulis atau lisan, dengan sumpah, atau dalam percakapan biasa, atau dibuat di hadapan mana-mana pihak berkenaan yang layak di sisi undang-undang menyiasat fakta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.