ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Akaun



Seksyen 149. Penyata tahunan.

Yang Dipertua hendaklah menyebabkan supaya disimpan suatu akaun Kumpulan Wang yang lengkap dan betul dan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas 31 haribulan Disember bagi tiap-tiap tahun, mengeluar dan menyiarkan dalam Warta suatu penyata mengenai aktiviti-aktiviti MajIis bagi tahun yang sebelumnya, bersekali dengan lembaran imbangan Kumpulan Wang pada 31 haribulan Disember, kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu, dan suatu senarai hartabenda dan pelaburan Kumpulan Wang yang menunjukkan harga beliannya, jika ada dibeli, dan anggaran nilainya pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.