ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK



Seksyen 11. Menukar pihak-pihak.

Mahkamah boleh dengan kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membuang, mengganti atau menambah mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan dengan apa-apa syarat yang adil:

Dengan syarat mana-mana orang tidak boleh dijadikan plaintif tanpa izinnya, atau jika ia tidak berkeupayaan dengan izin wakilnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.