ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 15. Pembatalan pendaftaran

(1) Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah tentang apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya mematuhi syarat atau arahan itu.

(2) Kegagalan mematuhi syarat atau arahan itu boleh menyebabkan terbatalnya suratcara itu dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.

(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati yang ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.