ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 54. Prosedur.

(1) Maklumat-maklumat selain daripada maklumat di bawah seksyen 53 daripada Enakmen ini hendaklah disampaikan kepada Kadi mengikut Borang 3B dalam Jadual.

(2) Tidaklah boleh seseorang Penyelia Agama dalam kes yang selain daripada yang tersebut di dalam seksyen 19(1) menjalankan apa-apa kuasa khas berhubung dengan penyiasatan-penyiasatan yang diberi oleh Bab ini tanpa perintah Pengarah Pendakwa.

(3) Mana-mana Penyelia Agama yang mendapat perintah tersebut boleh menjalankan kuasa-kuasa berkaitan dengan penyiasatan yang diberi di bawah Bab ini kecuali kuasa menangkap tanpa waran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.