ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 149. Penyata.
(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam borang yang ditetapkan mengenai tiap-tiap perintah perlaksanaan sesudah sahaja dia menyempurnakan perlaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman.
(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana senarai penyata harta, akaun penjualan, baucer, atau lain-lain dokumen mengenai perlaksanaan
itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.