ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 33. Akta Perlindungan Pihak-pihak Berkuasa Awam 1948.

Akta Perlindungan Pihak-pihak Berkuasa Awam 1948, hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap ahli-ahli Majlis, Jawatankuasa, Fatwa, pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja Majlis, Pengarah Pendakwa, pegawai masjid, jawatankuasa-jawatankuasa kariah mana-mana masjid, guru agama bertauliah dan penghulu berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.