ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 37. Perlantikan Hakim.

(1) Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis.

(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai perlantikan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Majlis hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika----
(4) Bagi maksud subseksyen (3) seseorang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini telah pun beramali sebagai peguambela di Mahkamah Syariah hendaklah dianggap sebagai Peguam Syarie dan seseorang yang telah berkhidmat sebagai Kadhi atau Pendakwa di Mahkamah Syariah hendaklah dianggap sebagai anggota Mahkamah Syariah.

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu melalui Warta.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.