ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 183. Melarikan isteri orang atau perempuan.

Barangsiapa melarikan atau menyebabkan seseorang isteri lari atau meninggalkan tempat kediaman yang Syar'i yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan isteri yang lari itu kembali kepada suaminya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.