ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV
Darihal Hukuman dan Menjalankannya



Seksyen 125. Penggantungan perlaksanaan hukuman dalam kes-kes tertentu.

Apabila seorang pesalah dikenakan hukuman denda sahaja dan dipenjarakan kerana tidak membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan suatu waran di bawah seksyen yang terdahulu daripada seksyen ini, Mahkamah bolehlah menggantungkan perlaksanaan hukuman penjara itu dan boleh melepaskan pesalah dengan mengikat jamin, dengan penjamin sebagaimana Mahkamah berpendapat patut dengan syarat dia hadir di hadapan Mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk memulangkan waran itu pada hari yang tidak boleh lebih daripada lima belas hari dari tarikh dikenakan bon jamin itu, dan sekiranya denda tidak dibayar juga Mahkamah bolehlah mengarahkan supaya hukuman penjara dilaksanakan dengan segera.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.