ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 195. Oleh siapa dan bagaimana waran tangkap boleh disempurnakan.


(1) Sesuatu waran tangkap itu hendaklah lazimnya ditunjukkan kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis di Malaysia Barat dan mana-mana Pegawai Polis boleh menyempurnakan waran itu.

(2) Mahkamah kadi yang mengeluarkan waran itu boleh juga mengarahkan seorang atau beberapa orang di atas nama mereka yang bukan pegawai polis dan orang-orang itu bolehlah menyempurnakan waran itu.

(3) Pegawai Polis atau orang lain itu yang hendak menyempurnakan waran itu apabila telah mengesan orang yang hendak ditangkap itu hendaklah memberitahunya akan isi kandungan waran itu dan jika dikehendaki hendaklah menunjukkan waran itu atas salinannya kepadanya.

(4) Apabila telah ditangkap orang yang kena tangkap itu hendaklah dibawa dihadapan mana-mana Kadi yang berhampiran sekali dengan seberapa segera tetapi tidak lebih dalam tempoh 24 jam tidak termasuk masa perjalanan. Selepas dibawa dihadapannya Kadi itu bolehlah melepaskan orang itu atas jaminan yang dinyatakan dalam waran itu jika ada.

(5) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan hendaklah berjalan kuatkuasanya sehingga ianya dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ianya disempurnakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.