ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
Seksyen 124. Penghakiman.
Penghakiman dan alasan-alasannya hendaklah dibaca di Mahkamah terbuka jika Hakim telah menulis penghakimannya, tetapi jika mana-mana Hakim kerana sesuatu sebab tidak dapat membaca penghakimannya, penghakiman itu boleh dibaca di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau Pendaftar. Penghakiman bertulis yang asal atau salinan yang ditandatanganinya hendaklah difailkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.