ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 14. Peruntukan am mengenai ketidakupayaan.
Jika plaintif tidak berkeupayaan-
(
a
) persetujuan penyelesaian atau kompromi tidak boleh disahkan kecuali dengan izin Mahkamah;
(
b
) semua wang atau harta yang diperolehi bagi plaintif dalam atau akibat dari tindakan itu hendaklah dibayar kepada Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah kecuali Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.