ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 197. Notis hendaklah diberikan untuk pembelaan alibi.

(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah, tertuduh bertujuan untuk mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokong pembelaan ini tidak boleh diterimamasuk kecuali jika tertuduh telah memberi notis secara bertulis mengenainya kepada Pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada ketika pelakuan kesalahan yang dia dipertuduh itu, bersama dengan nama dan alamat mana-mana saksi yang dia bercadang untuk memanggil bagi maksud membuktikan alibinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.