ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN IX - PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH



Seksyen 78. Tawaran.

Jika pembayaran ke dalam Mahkamah dibuat dengan suatu pembelaan tawaran dan pembelaan itu disetujuterima, defendan adalah berhak untuk mendapatkan kos tindakan itu sepenuhnya dan wang yang dibayar ke dalam Mahkamah tidak boleh dibayar daripada Mahkamah tanpa perintah Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.