ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 106. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.


(1) Pada mana-mana peringkat pembicaraan di hadapan sebuah Mahkamah Qadhi sebelum diberikan keputusan, pegawai yang menjalankan pendakwaan bolehlah, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tiada bercadang untuk mendakwa lebih lanjut lagi orang yang dituduh itu terhadap pertuduhan itu. dan oleh yang demikian semua pembicaraan di atas pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu bolehlah diberhentikan atas kebenaran dari Mahkamah, dan jika telah berhentikan, orang yang dituduh itu hendaklah dilepaskan dari pertuduhan itu.

(2) Pelepasan daripada pertuduhan itu tidaklah erti pembebasan, kecuali jika Mahkamah mengarahkan demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.