ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 154. Penjualan.
Apabila mana-mana harta dijual semasa menjalankan perlaksanaan -
(
a
) penjualan itu hendaklah diadakan di antara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang;
(
b
) penjualan itu hendaklah, tertakluk kepada perenggan (
f
), secara lelongan awam tanpa ditetapkan harga dan tiap-tiap jualan hendaklah dibayar dengan wang tunai sebelum tamatnya lelongan itu, dan tiada orang yang bertugas melaksanakan lelongan itu boleh menawar atau sebaliknya secara langsung atau tidak langsung memperolehi atau cuba memperolehi apa-apa kepentingan dalam harta yang dijual itu. Penghutang penghakiman boleh menawar, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dan dengan izin Mahkamah terlebih dahulu wang jualan itu dan jumlah yang dihakimi boleh ditolak-kira di antara satu dengan lain, dan penghakiman itu hendaklah disifatkan sebagai telah dijelaskan sepenuhnya atau pada takat itu sewajarnya;
(
c
) notis mengenai tarikh, jam dan tempat penjualan dan harta yang hendak dijual hendaklah ditampalkan di Mahkamah dan di tempat jualan tidak kurang dari 6 hari sebelum jualan;
(
d
) suratcara boleh niaga dan lain-lain sekuriti boleh dijual tanpa lelongan melalui agensi broker saham dan syer yang diakui, penjualan itu tidak memerlukan izin Mahkamah;
(
e
) tiap-tiap penjualan itu hendaklah dilaksanakan dan disempurnakan oleh Mahkamah;
(
f
) dalam hal-hal yang tertentu Mahkamah, jika mempunyai alasan yang cukup boleh memerintahkan penjualan dibuat dengan cara yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.