ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VIII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 99. Kesalahan memberikan maklumat palsu.

Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 95, atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi Pendaftar apa-apa maklumat atau keterangan yang palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam belas bulan atau kedua-duanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.