ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 88. Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika kesalahan-kesalahan itu adalah satu siri perbuatan yang berkaitan di antara satu dengan yang lain sehingga menjadikan urusan yang sama, orang yang dituduh boleh dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2) Jika perbuatan-perbuatan yang dituduh telah dilakukan itu merupakan kesalahan-kesalahan di bawah dua atau lebih takrif kesalahan yang berlainan, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih dengan sendirinya menjadi satu kesalahan dan apabila kesemuanya dicampurkan menjadi kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang wujud daripada perbuatan-perbuatan yang dicampurkan itu dan bagi mana-mana juga kesalahan yang wujud daripada salah satu ataupun lebih perbuatan-perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.