ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 38. Penyampaian di alamat penyampaian.

Mana-mana dokumen yang diserahkan di alamat untuk penyampaian mana-mana orang hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu:

Dengan syarat bahawa dalam hal di mana alamat untuk penyampaian itu adalah di luar kawasan penguasa tempatan dalam mana terletaknya bangunan Mahkamah, mana-mana dokumen boleh disampaikan dengan cara pos berdaftar ke alamat penyampaian dan dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan apabila dokumen itu akan sampai ke alamat itu mengikut kelaziman Pejabat Pos.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.