ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 36. Orang yang ditangkap hendaklah di bawa ke hadapan Mahkamah tanpa kelengahan.

Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan suatu waran tangkap hendaklah, tertakluk kepada seksyen 33 tentang jaminan, tanpa kelengahan yang tak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia dikehendaki oleh undang-undang supaya mengemukakan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.