ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIX - AM



Seksyen 205. Kuasa Mahkamah untuk menyaman dan memeriksa.

Mahkamah boleh di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini menyaman mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa mana-mana orang yang hadir walaupun dia tidak disaman sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah hendaklah menyaman dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya ternyata perlu demi keputusan adil bagi kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.