ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 7. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat Melayu di dalam Negeri Terengganu, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Terengganu selepas Duli Yang Maha Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.